NR 633
Posted Monday 8 April 2013 ♥ 2:33 pm ♥ 0 say Hello(s)







Assalamualaikum



Kadang-kadang kita susah nak puaskan keinginan kita, benda yang paling kita nak kadang-kadang kita tak dapat, bukan kita tak usaha tapi rezeki tu tak ada. Jadi, untuk puas kan hati. Cuba lah tanam rasa suka dengan benda yang kita tak suka sebab kadang-kadang hasil dari benda yang kita tak suka akan jadi lebih baik dari benda yang kita suka. Nak tahu sebab apa? Sebab kita usaha. Ya usaha tuh kan pulangan dia mesti lah baik punyaaaaaaaaaaaaaaaa :) 

Jangan takut untuk mencuba, tak salah pun nak cuba janji ikhlas dan ada semangat so benda yang tak terjalan pun akan terjalan. Aku, aku tak suka course yg aku dapat tapi aku cuba, aku amik kata kata yg cikgu-cikgu aku nasihat kan aku. Cuba dan jatuh cinta mana tahu membuahkan hasil satu hari nanti. Mungkin sekarang aku tengah lemau sebab aku langsung tak nampak apa yg cikgu aku cakap tapi aku percaya pasti ada hasil. Jadi start dari aku mula masuk kelas aku mula tanam rasa cinta rasa suka rasa minat dengan course aku tapi well payah kan. Macam kau yg tak suka kira kira then kena paksa belajar addmath mmg kau taknak lah kan. 

Macam tu lah aku. Aku ni jenis yg susah nak suka something so agak payah lah nak tapek benda benda macam ni dalam kepala otak aku yg lembsss ni. Tapi takpa, aku percaya dengan takdir dan kehendak Allah. Dia mesti nak aku jadi seseorang yang tak dapat aku bayangkan dari sekarang. Bukan samar samar tapi aku langsung tak nampak apa yg bakal aku tempuh lalui harungi untuk masa akan datang ;) payah jugak hidup, complicated tapi takpa. Teruskan belajar dan tanam benih suka. InshaAllah Amin :) 

So gambar dekat atas tuh takda kena mengena pun dengan post aku ni. Budak perempuan dalam gmbar tuh comel sangat, nama nya Mahirah. Dia study dekat UiTM Shah Alam dalam course Art&Design. Dia lagi payah dari aku, dia pun dalam situasi yang sama dengan aku. Dia kata dia tak minat melukis tapi tengok lah bila dia mula tanam rasa suka dengan course dia, bukan setakat lukis, shading lukisan pun dah power hehehe so nothing impossible kan? ;) keep calm and love ur course!! HAHAHAH

Adios,

Assalamualaikum
NynaRoslan




Me
My name is NynaRoslan, 18 yrs old, Kbye.



Kisah Silam