NR 616
Posted Sunday 25 March 2012 ♥ 8:50 am ♥ 0 say Hello(s)
Salam


Yeah akhirnya result SPM dah pun keluar, aku tak dapat yang terbaik pun tapi aku bangga sebab aku dah buat yang terbaik :) jujur lah kan aku dapat 3A jea kehkehkeh ~ tak dpat nk capai target 6A fehh berangan ke awan sekali ke hutan. To adik adik jangan la tanya soalan pasal spm contoh nya


"kenapa dapat 3 jea?"

"belajar ke tak?"


Susah sebenarnya nak target. Serious, our mentality terganggu dengan spm, pegi mana mana org akan tanya pasal spm, sampai korang akan rasa tension kalau boleh nak belajar dalam hutan tapi takut kena baham dengan pak rimau tak pun kena kacau dengan mak langsuir kan so korang kena set dlam kepala otak yang korang nak buat yg terbaik untuk spm. Nak target tuh mmg lah boleh tapi pastikan korang punya mental and fizikal korang berada dalam keadaan yang baik. Takut time spm tak boleh focus. So tak perlu dibanding banding mana pandai mana kurang pandai, semua sama jea. Ada usaha ada kejayaan. 

Sesetengah orang memang dah usaha tapi kalau rezeki and ketentuan dia Allah dah tentukan ganjaran dia sikit jadi terimalah dengan redha. Mengharapkan untuk dapat yang terbaik itu bagus tapi kena ingat latih dalam diri supaya sikap redha itu selalu ada supaya boleh dijadikan benteng penenang kala kesedihan mengawal diri . Mungkin kita dah buat sehabis baik tapi tak ada rezeki nak dapat lebih. Nak jealous dengan result orang yg genpak boleh tapi kita kena bangga dengan diri kita terlebih dahulu :) bangga sebab kita berjaya dapat result yang semua nya lulus. Tak ada apa yang mustahil untuk dikecapi.

Well siapa yang tak sedih bila dapat result yang tak seberapa sebegitu juga dengan aku. Frust yang teramat bila tk dapat target beberapa subject yg aku minat, tak dapat happykan parents dengan result kita tapi apa yang aku rasa sekarang, aku dah terlebih bangga dengan pencapaian aku ;) aku lulus semua mata pelajaran dengan baik tak ada gagal Alhamdulillah. Even tergambar sedikit kecewa dekat muka mak ayah tapi diorang still peluk cium aku cakap aku terbaik and ucap tahniah. See mak bapak kita takkan marah kita, diorang akan rasa bangga sebab anak diorang boleh buat dengan baik.

Ingatlah mungkin nasib tak menyebelahi kita masa disekolah, mana tahu bila kita dekat U, atau tempat kerja nasib kita dilipat ganda dari sebelum ni, siapa yg tahu. Hanya Allah sahaja yg tahu rezeki kita ;) BERSYUKUR LAH! Redha dengan segala ketentuan yg telah ditetapkan. Nak menyesal pun tak berguna. Biar menangis sekarang jangan menangis masa buat exam atau amik result melainkan tangisan tu tangisan gembira :) ingat lah yee setiap apa perkara yg kita lakukan dahulukan dngan bismillah. Sebelum buat apa apa mintak restu mak ayah. Peluk cium diorang and ucap "saya sayang mak, ayah. doakan kejayaan saya" InsyaAllah kejayaan pasti mengiringi kita kita semua (:

Redha manusia dibalas dengan Redha Allah s.w.t

NynaRoslan


Me
My name is NynaRoslan, 18 yrs old, Kbye.



Kisah Silam