NR 512
Posted Saturday 13 August 2011 ♥ 10:25 am ♥ 0 say Hello(s)
Indah nya Islam - Astro pelangi


Assalamualaikum :>

Oh hai hari ni dah masuk hari ke-13 Ramadhan. Alhamdulillah. Nyna puasa , yg lain semua puasa jugk lah kan. Ok semalam ada solat hajat and bacaan yassin fr student saujana. Alhamdulillah lagi dpt buat and to those yg tak boleh solat jgn risau , nyna mendoakan kesejahteraan awak awak semua muehehe ;p solat sebelah Shaa :) baca yassin and mengaminkan doa. Terasa syahdu lebih lebih lagi Nyna solat betul betul duduk belakang pengetua. Hm doakan lah kami boleh jwab exam cikgu !

Okay Nyna nak share sikit dengn kawan kawan pasal cerita Nyna tgok dekat tv pagi lepas sahur tadi. Sorry kalau terasa or tak suka. Ni pendapat ustaz dan Nyna kembang kan sikit sikit lah :3


Topik pasal cinta

Nak bercinta boleh tapi bukan kerana nafsu 
Nak bercinta boleh tapi biar lah kerana Allah s.w.t

Yee maaf Nyna tahu Nyna tak layak nk ckp pasal cinta sebab Nyna takda boyfrnd tapi apa salah nya Nyna kongsi sikit dengan kawan kawan kan :D

Allah itu sudah aturkan hidup kita dengan begitu sempurna.
 Dia dah atur jodoh kita dari kita sebelum lihat dunia lagi
sebagai umat yg sememang nya kecil lagi kerdil 
Apa salahnya kita cuba perlahan perlahan mengejar jodoh kita

Maksud Nyna bkn terlalu mengikut2 nak berjodoh
Kita cari jodoh kita dengan berpandukan solat dan doa ;)

Ustaz tu cakap dalam berdoa kita kena selit :

"Ya Allah , atur lah pasangan hidup ku ,
berilah sesiapa sahaja aku terima dengan redha kerana itu rezeki untuk hidupku
kerana hanya kau yang MAHA mengetahui apa yg terbaik utk diri aku
biar sejelik mana , semiskin mana , seteruk mana
akan aku cuba terima kerana kau tahu apa yang akan ku lalui kelak" -

Kawan kawan , Nyna nak bagitau ni

Ada orang lebih dahulukan ibu bapa dari kekasih 
Itu bagus sebab dia masih fikir asal usul dia

Tapi mcm mana dengan ...

Org yg dahulukan kekasih dari ibu bapa ?
menyakiti hati ibubapa

Maksudnya ibubapa tuh umpama org biasa dan yg dirisaukan tuh kekasih. Tak elok lah kan. Sbgai anak kita kena taat dgn ibubapa walau sesulit sesukar mcm mana sekalipun. Kita kena ingat diorg yg membesarkan kita. kekasih hanya lah sementara. Peneman ketika suka duka tapi boleh ke kekal untuk selamanya ?

Kita minta yg terbaik , mudah mudahan tak terjadi mcm tuh kay (:

"Seseorang ayah akan dituntut tanggungjawab setelah anak anak dilahirkan "- ustaz

Ok. Nyna dah faham kenapa ayah ayah akan menangis bila anak anak dia dah kahwin especially anak perempuan. Sebab ayah kita akan rasa dia dah hilang tanggungjawab terhadap anak dia WALHAL anak dia dah diserahkan kepada org yg lebih berhak untuk menjalankan tanggungjawab ke atas anak dia. Sape lagi kalau bukn suami , yee ayah ayah kita terlalu meyanyangi kita semua. 

Cinta dan mencintai itu wajar 
Tetapi salur lah rasa cinta itu ke saluran yang benar
yang salur nya ada rasa kasih ada rasa sayang :)

Makna nya Nyna dah faham !
Klau kita nak bercinta kita kena ada 3 elemen iaitu :

Cinta kasih & sayang

Great element !

Kawan kawan ,
Dalam bercinta ada penipuan
Dalam bercinta ada  kesakitan
Dalam bercinta ada ketidaksefahaman

Jadi bercinta biar ikhlas. Laksana kan hal hal yg wajib dulu , 
wahai lelaki jangan lah memain kan perasaan perempuan dan begitu lah sebaliknya

Maaf kalau ada yg tak kena dengan post ni. Nyna cuma tertarik dengan topik yg ustaz ni bincang ;D

*mungkin Nyna mmg tak layak nak ckp pasal bnda ni tapi tak slah kan kalau Nyna bagi pendapat sendiri :) so kawan kawan yg ada bf/gf tuh jaga lah hati dan perasaan sesama kay. Jgn biar macam tu je. Kesian dekat bf/gf. 

"Dan yang paling penting sekali , jangan sesekali kita menangis kerana orang yang kita suka (bf/gf) menangis lah kerana keluarga , menangis lah kerana suami/isteri." Byeeeeee


NynaRoslan








Me
My name is NynaRoslan, 18 yrs old, Kbye.



Kisah Silam