NR 633
Posted Monday, 8 April 2013 ♥ 2:33 pm ♥ 0 say Hello(s)







Assalamualaikum



Kadang-kadang kita susah nak puaskan keinginan kita, benda yang paling kita nak kadang-kadang kita tak dapat, bukan kita tak usaha tapi rezeki tu tak ada. Jadi, untuk puas kan hati. Cuba lah tanam rasa suka dengan benda yang kita tak suka sebab kadang-kadang hasil dari benda yang kita tak suka akan jadi lebih baik dari benda yang kita suka. Nak tahu sebab apa? Sebab kita usaha. Ya usaha tuh kan pulangan dia mesti lah baik punyaaaaaaaaaaaaaaaa :) 

Jangan takut untuk mencuba, tak salah pun nak cuba janji ikhlas dan ada semangat so benda yang tak terjalan pun akan terjalan. Aku, aku tak suka course yg aku dapat tapi aku cuba, aku amik kata kata yg cikgu-cikgu aku nasihat kan aku. Cuba dan jatuh cinta mana tahu membuahkan hasil satu hari nanti. Mungkin sekarang aku tengah lemau sebab aku langsung tak nampak apa yg cikgu aku cakap tapi aku percaya pasti ada hasil. Jadi start dari aku mula masuk kelas aku mula tanam rasa cinta rasa suka rasa minat dengan course aku tapi well payah kan. Macam kau yg tak suka kira kira then kena paksa belajar addmath mmg kau taknak lah kan. 

Macam tu lah aku. Aku ni jenis yg susah nak suka something so agak payah lah nak tapek benda benda macam ni dalam kepala otak aku yg lembsss ni. Tapi takpa, aku percaya dengan takdir dan kehendak Allah. Dia mesti nak aku jadi seseorang yang tak dapat aku bayangkan dari sekarang. Bukan samar samar tapi aku langsung tak nampak apa yg bakal aku tempuh lalui harungi untuk masa akan datang ;) payah jugak hidup, complicated tapi takpa. Teruskan belajar dan tanam benih suka. InshaAllah Amin :) 

So gambar dekat atas tuh takda kena mengena pun dengan post aku ni. Budak perempuan dalam gmbar tuh comel sangat, nama nya Mahirah. Dia study dekat UiTM Shah Alam dalam course Art&Design. Dia lagi payah dari aku, dia pun dalam situasi yang sama dengan aku. Dia kata dia tak minat melukis tapi tengok lah bila dia mula tanam rasa suka dengan course dia, bukan setakat lukis, shading lukisan pun dah power hehehe so nothing impossible kan? ;) keep calm and love ur course!! HAHAHAH

Adios,

Assalamualaikum
NynaRoslan




NR 632
Posted ♥ 2:21 pm ♥ 0 say Hello(s)
ASSALAMUALAIKUM

So hai aku ada masa lagi satu hari untuk menelaah notes yang diberi mama lina untuk paper applied language. Kalau boleh aku nak buat yang terbaik utk paper ni sebab carry mark aku tak memuaskan. Tak puas sebab aku rasa macam nyawa nyawa ikan je carry mark tuh ;( so kena work hard lah untuk dapat ganjaran yang lebih. Mudah mudahan dapat lah aku jawab dengan baik. InshaAllah rakan rakan pun dapat jawab dengan baik jugak ;)

So hidup hidup hidup
Bukan mudah
Tak senang
nampak gampang

Ah! Yang pasti aku perlukan cuti untuk tenangkan hati, fikiran yang tengah kusut berserabut dengan urat tension ni! Ehh, nak tengok tak kawan kawan yang rapat dengan aku dekat U? ;) mariiiiiiiiiiiiii .................



Ini Adilah, nama manja Adee. My housemate and shes cute


Laila and Sab



my girlfriends ;) 
Adee, me, lilie, lesya and effie






NR 631
Posted ♥ 1:58 pm ♥ 0 say Hello(s)
ASSALAMUALAIKUM,
salam malaysia semua XD

 Ya Allah,
Dah lama sungguh aku tak update blog,
Dah lama sungguh aku tak decorate blog,
Dah lama sungguh aku tak ronggeng ronggeng blog,
Dah lama sungguh aku tak mengadu rasa dekat blog,
Dah lama sungguh aku tak merasa nikmat mengupdate blog,
Dah lama sungguh aku tak manja manja dengan blog

Sumpah aku cakap lama sangat -.- since november 2012 and sekarang? dah April 2013 Yaww!! Lama nyaaa weh lama nya. Kejam nya aku. Mesti bloggie merajuk dengan nyna kan? Jangan lah merajuk nyna bukan taknak update nyna cuma busy sikit ja ;) Ya Allah kenapa lah aku jadi pemalas sangat hahahah. Blog terbiar berhabuk penuh kusam dan lesu ah takpa! Janji I am BACK !!!! yeayyyy  I am BACK !! yeayy

So, mesti blog aku dah takda org baca kan ;( mesti org mcm "ah selekeh ah blog ni, takda update apa apa pun. baik tak payah buat blog" haa mesti ada org cakap mcm tuh kan. Takpa! hati manusia mmg susah nak dipuaskan :) janji hati sendiri puas hehehehehehe. Bloggie sayang, aku hilang bukan sebab merajuk tapi aku hilang sebab aku ada urusan.

Lepas baik dari accident aku dapat tawaran masuk belajar diploma dekat UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. So, nak tahu aku dapat course apa? Haaaaaaaa, aku segan nak habaq mai tapi takpa lah aku lenjan jela. Aku dapat course TEATER!! Hoh O.O teater? mesti tak percaya kan? Takpa ;) biasa lah, bukan senang nak buat org percaya kita unless kita kena percaya dengan diri kita sendiri. Haa yap aku dapat course yg aku pun tak sangka yang aku akan dapat. So sangat terkejut apatah lagi family aku pun terkejut bagai nak rak.

Tentangan dari family rasa nya takda. Alhamdulillah family okay walaupun diorang tahu benda yang aku minat bukan benda yg aku dapat sekarang ni. Tapi tak salah utk mencuba bak kata mama, kalau kita cuba and kita bejaya makna nya kita dah berjaya bukti dekat diri kita yg kita bukan je boleh berjaya dengan bidang yg kita suka semata-mata tapi kita dapat berjaya dalam bidang yg kita baru nak mencuba so I keep that words!! Semangat tuh oii!

So sepanjang dekat Puncak Perdana, hmm aku okay lah Alhamdulillah aku ada kawan yg rapat dengan aku sendiri. Aku jenis yg tak memilih kawan so tak kisah lah sesapa pun yg nak kawan dengan aku janji org tuh ikhlas kan  ;) as long as kita baik dengan org, org pun akan baik dengan kita.


 
taraaa muka budak U hehehehe

Hm, I bet. still look young aite? Mesti lah muda hahahah nyna pulak kan :P ceh gurau. So hidup dekat kolej sangat lah mencabar, segala benda yg dulu kau buat dekat sekolah dah takkan ada dah dekat kolej apa semua. Kalau jenis yg pandai berdikari Alhamdulillah so hidup kat U ni mengajar kita untuk jadi berdikari and berdisiplin. Selamat aku dapat U yg dekat dengan rumah I mean dalam selangor. 

Sebenarnya banyak yg aku nak share tapi dekat post lain lah yee :)
Ada masa, aku update lagi. Adios!


Assalamualaikum
NynaRoslan



NR 630
Posted Thursday, 15 November 2012 ♥ 2:30 pm ♥ 0 say Hello(s)
ASSALAMUALAIKUM

Bismillah .....

Apa khabar semua. Ya sepi. Sunyi. Krik krik krik.....
Dah lama tak update blog kesayangan. Dulu masa zaman jadi dak dak sekolah kalau boleh setiap hari setiap masa nak update blog kan, nak story mory apa yg jadi apa yg berlaku ewahhh ~ 

Tapi bila dah masuk jadi zaman dak dak lifeless wa punya rasa nak update blog tuh makin malas bukan apa. Wa kerja wa balik wa penat wa rehat wa tidur kahkah. Malas nak update blog so biar lah kisah hidup tuh jalan dengan sendiri, sendiri tempuh tanpa di storykan dekat blog usang berhabuk masham masham ni kan. 

Last update blog 17 JUNE. Sekarang dah 15 NOVEMBER. Nampak tak betapa lama nya wa tak update blog, wa tinggal bloggie wa ni macam tu je. Sorry yee bloggie ai kerja penat sampai tak pedulikan you. Serious rindu nak aktif update blog kehkeh tapi apakan daya sikap malas tuh menguasai diri. Insya'Allah start hari ni akan sentiasa update. INSYA'ALLAH 

Nak tahu apa jadi dekat wa? Haaaaaaa mana wa menghilang? jengjengjeng ...

Wa hilang sebab nak merawat hati yg luka bagai dihiris tombak yg tajam lagi mengilukan walhal wa tak pernah rasa kena hiris tapi wa tahu penangan dia boleh buat penyakit kentut berdarah tanpa henti so lol... 

k kkk kkk kkk kk kk k k k. Annoying tak? hahaha peduli hape puih. 

K wa menghilang sebab wa baru baik dari accident. yeayyy accident yeayyy. Bulan 7 masa org tengah syok nak beli juadah berbuka wa pun sibuk nak beli sekali terjadilah satu tragedi dimana wa accident merempuh satu kereta mewah yg buat wa punya seluar koyak rabak hahaha. K tak lawak. Serious, wa accident hari ketiga Ramadhan. Sedihkan, masa accident ingat kan tangan terseliuh je sebab tangan bengkak and rasa sakit rupa rupa nya bila check dekat hospital tangan wa patah. Pergelangan tangan patah and satu tulang lari merajuk taknak balik -,- 


ini masa baru lepas kena bius and simen. See muka busuk 

Like seriously, ngilu sangat masa ni. Rasa mcm Ya Allah kenapa dugaan macam ni. Masa hati tengah tak tenang, fikiran tengah berserabut terus dapat dugaan macam ni. Rupanya dugaan mcm ni lah DIA yang maha ESA bagi nak buat hati ni rasa lebih tenang fikiran lebih lapang. Alhamdulillah hikmah tuh hebat. Cuma kita je yg susah nak nampak hikmah tuh. Kita je yg selalu persoalkan pertikaikan apa hikmah yg kita dapat apa semua. Hey rileks lah chill lah. DIA tahu apa yg terbaik utk umat dia jadi terus lah berdoa utk jadi lebih baik dan berusaha utk jadi lebih tawaduk pada DIA. Bersyukur lah dengan apa yg kita ada. Bersyukur lah dengan apa terjadi. Bersyukur lah dengan apa yg telah DIA tetapkan.

Masa duduk dekat ward seminggu lama jugak tuh bagi budak macam wa ni seminggu tuh umpama setahun haha. Yelah wa tak pernah patah patah tetibe patah patah pulak kan so terasa macam ya Allah kenapa macam ni. Org kata kalau Allah bagi sakit tanda nya dia nak hapuskan dosa dosa kita, tanda dia sayang kita. Tenang sikit hati bila ingat ayat tuh :) duduk dekat ward semua benda jadi tak kena. Risau kan orang lain lebih tinggi dari risau kan diri sendiri. Kenapa eh macam tuh? Susah bila dah sayang sangat sebab tulah sampai diri sendiri tak terjaga (: takpe janji kita ikhlas dengan perasaan kita kan. 

Perit bila terpaksa kena tarik tulang tiga kali. Rasa macam tangan ni ada function ke tak. Kenapa tangan wa bengkok why why why why why. Kenapa jari tak boleh gerak langsung wuwu sedihhh ~~ Disebab kan kerisauan sebagai ayah tuh tinggi. My bapak bawak pi urut patah. Yu know, sakit perit sangat. Maybe sebab tuh wa menyendiri mencari ketenangan diri. Alhamdulillah lepas dah tarik tulang wa boleh lah jugak nak muhasabah diri ni. Dulu wa panas baran tapi sekarang Alhamdulillah wa dah jadi seorang yg lebih penyabar kot (: Alhamdulillah terima kasih ya Allah kau bagi dugaan yg buat aku kuat utk tempuh. 

Kakak sedara wa cakap, bila wa sakit, wa nangis wa sedih dia pun rasa macam apa yg wa rasa. Itu sebab dia sayang wa sangat sangat. Masa wa sakit kawan kawan pizza hut kawan kawan sekolah ramai yg dtg melawat. Benda tu lah yg buat wa rasa kuat. Kehadiran org tuh buat wa punya rasa sakit makin menurun. Rasa mcm makin bersemangat nak sihat cepat. Well org sakit ni mmg perlukan perhatian yg lebih haha XD so terima kasih kepada yg melawat. Sayang anda anda semua :)

Setiap penyakit ada ubat nya. Melainkan kalau Allah dah tetapkan bahawasanya kau hanya mampu hidup pada ketika ini itu dan ini. Jadi selagi masih hidup, hargai lah nyawa dan kesihatan yg diberi :)

Asslamualaikum
NynaRoslan



NR 631
Posted Wednesday, 14 November 2012 ♥ 10:45 pm ♥ 0 say Hello(s)

ASSALAMUALAIKUM


So hai :) 


diz iz me being sho dedikz yuwww ~

oh hai saya cuma nak cakap yang saya sayang kan kawan kawan pizza hut saya :)))) ada masa saya update untuk awak awak semua yee :) 

Salam
NynaRoslan



NR 629
Posted Sunday, 17 June 2012 ♥ 8:28 pm ♥ 0 say Hello(s)
Assalamualaikum

Hanya Allah sahaja yang tahu apa aku rasa sekarang ni. Untuk makcik tersayang. Semoga cepat sembuh dan sihat seperti dulu. Untuk Shaa Rahman semoga cepat balik dan bawa lah kebahagiaan awak dari sana untuk kongsi bersama dengan saya :') Untuk kawan lain maafkan kesalahan yang pernah diri ini buat. Maafkan diri ini andai ada apa apa yang awak awak semua tak suka. Kadang kadang diri ini terlalu mudah sakitkan hati orang. 

saya manusia yang tak sempurna yang cuba untuk jadi sempurna tapi memang belum sempurna

 Sedih dengan kelemahan diri ini namun apakan daya masih belum punya kemampuan untuk jadi yang terbaik. Selalu berharap nak jadi yang terbaik antara yang terbaik. Kena selalu ingat dan set dalam diri tak semua orang mampu bahagia dengan kita. Kadang kadang sedih dengan diri sendiri, kadang kadang sedih dengan manusia sekelilling. Tak semua boleh faham kita dengan baik. Tak semua boleh jadi yang terbaik begitu juga dengan kita serta diri ini.

Assalamualaikum
NynaRoslan


NR 628
Posted Monday, 16 April 2012 ♥ 3:46 am ♥ 0 say Hello(s)
Assalamualaikum


in pic : me and azua

Aku Nyna dan aku sangat rindukan saujana -.- rindu sekolah tak terkata. Tak suka bila dah habis sekolah rasa cam makin takda life. Nak jumpa kawan pun payah tapi takpe hari rabu ni boleh jumpa kehkehkeh. Ouh rindu sekolah *nyanyi lagu sekolah* okayy takda apa pun nak cakap. Takat rindu sekolah jea ;)

byebye :)

NynaRoslan


Me
My name is NynaRoslan, 18 yrs old, Kbye.



Kisah Silam